Saat Bersama Mereka I (ISGROD)
Kami saling mengenal semasa masih berada di bangku sekolah menengah, saat pertama kali berjumpa, rasa kekok nak berkata lagi rasa janggal nak berukhuwah ..
Setelah kami mengenal apa itu Usrah, baru kami kenal apa itu Ukhuwah,
Setelah kami kenal apa itu Ukhuwah, baru kami kenal apa itu erti Sahabat :)
Di kalangan kami, berbeza perwatakan lagi berbeza pendapat, kadang kami berbalah pendapat tapi tidaklah hingga memutus hubungan, kadang kami berjalan seiring bersama pulang dari sekolah sambil bernyanyi sakan malah kadang kami berbuat bising saat sampai ke sekolah. Saat tamat sekolah, kami kadang bersama menuju ke surau untuk menunaikan solat jemaah, kadang kami menanti untuk berusrah bersama, kadang saja-saja nak balik lewat bersama. Kami selalu bersama.
Namun, saat mengenal ukhuwah, tidaklah kami merasai manisnya ukhuwah andai tidak diuji perit di dalam menjalin ukhuwah, dan kami dengan 9 orang kekuatan harungi bersama dalam tawa dan kecewa :)
ISGROD adalah gelaran usrah kami yang pertama, Ikhwanul Solihin Group Discussion (ISGROD). Berada di dalam kumpulan ini, banyak erti kami kenal bersama. Sesungguhnya, jika kisah kami aku tulis kesemuanya, tentu jadilah ia sebuah novel yang mempunyai 350 muka surat. Apa yang cuba aku sampaikan, adalah kisah kami yang ringkas dan sedikit sahaja, iaitu Saat Bersama Mereka. :)
Mari mengenal mereka.
|
Hashemi
|
|
Nazree, Nazrin
|
|
Muhammad Syahmi
|
|
Muhammed Soffiq
|
|
Muhd Nazrin
|
|
Nazrin, Soffiq, Hashemi, Nazree
|
|
Usrah terakhir :)
|
|
Soffiq, Azree, Nazree, Nazrin, Fariz, Hashemi
|
|
Mohd Sofian
|
|
Nazree |
|
Arafat (Baju Hijau) Fariz (Baju Hitam yg berdiri) orang kat bawah tak termasuk.
|
|
Ni kami 9 org lengkap.
|
|
Ini saya, Azree. |
Moga Allah meredhai persahabatan ini. Nama kamu tidak pernah lekang di bibir dan di dalam kalimah doa-doaku, hanya mengharap Allah merahmati dan memberkati hidup rakan-rakan dan sahabat-sahabatku. Moga Allah tunaikan permintaanku. :)
what can I do,
what can I say,
I need a place to hide away,
just for a while, just for a smile.
Nukilan : A.P
sayang kamu semua kerana ALLAH..
ReplyDeletesayang arafat juga :)
Delete