Followers

Monday 27 February 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW tentang Umatnya.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikatul Maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, namun Malaikat itu terhalang perbuatannya  disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHAN HAMBA ITU KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, namun telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, namun ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh Malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia di halang dari meminumnya, dan ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak seorang pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Bersabda Rasulullah s.a.w :
"Sampaikanlah pesanan kepada umatku yang lain walapun dengan sepotong ayat"

Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -



Benarkah Kita Tidak MAMPU ?


Rasa lemah. Sudahkah kita memohon kekuatan daripada Allah?

Ada kalanya, kita diuji dengan ujian yang teramat beratnya.

Ujian yang mampu membuat kita terduduk atau tersungkur.

Kita mahu bangkit, namun rasa lemah menguasai diri. Bahkan, kita rasa, jalan penyelesaian keluar itu seolah-olah tiada.

Lantas, satu perasaan itu muncul.

"Aku tidak mampu."

Itu apa yang kita rasa. Lalu, perasaan itu membawa kita kepada suatu tindakan lain.

Berputus asa.

Namun, benarkah bahawa kita tidak mampu?

Manusia Itu Diuji Sesuai Mengikut Kemampuan

Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]


Pengasihkan Allah? Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali.

Namun begitu, mengapa ada masanya, perasaan 'tidak mampu' itu muncul dalam diri kita?

Mengapa kadangkala, kita rasa seperti diri kita telah direnggut segala daya dan upaya?

Kembalikan Ujian Itu Kepada Yang Menciptakannya.

Pada saya, rasa 'tidak mampu' itu muncul, apabila kita makhluk ciptaan-Nya, tidak kembalikan masalah atau ujian itu kepada Allah.

Ya. Tatkala diuji, manusia itu seringkali meletakkan kepercayaan atas keupayaan dirinya terlebih dahulu, berbanding meletakkan pergantungan kepada Allah. Lantas, apabila sesekali Dia menguji kita dengan ujian yang tidak terduga, jadilah kita tersentap, lalu diam terduduk.

Sebaliknya, bagi orang-orang yang beriman, bukan itu caranya mereka berhadapan dengan ujian.

Tatkala mereka diuji, ingatan mereka segera dikembalikan kepada Allah. Darinya, ketenangan dan kekuatan itu akan muncul.

Firman Allah dalam kitab-Nya,

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah, 2: 155-157]

Maka, letakkan pergantungan dan keyakinan dirimu 'SEPENUHNYA' kepada Allah. Dengan izin-Nya, ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan lagi.

Bukankah ujian itu datang dari Allah, maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan, jika tidak kepada Yang Maha Mencipta?

Bukankah kekuatan itu semuanya milik Allah, justeru, kepada siapa lagi harus kita meletakkan sepenuh pergantungan dan harapan, jika tidak kepada Yang Maha Berkuasa?


Hebatnya Keimanan Seorang Bilal

Menyentuh perihal keyakinan dan kebergantungan kepada Allah, suka saya bawakan satu kisah yang pada saya, amat baik untuk kita ambil pengajaran dan jadikan contoh teladan, iaitu daripada seorang sahabat Rasulullah S.A.W bernama Bilal bin Rabah.

Bilal bin Rabah ini pada asalnya merupakan hamba sahaya kepada tuannya, Umayah bin Khalaf, seorang tokoh kepada Bani Jumah.

Pada suatu hari, Umayah bin Khalaf telah mendapat berita bahawa, hambanya, Bilal bin Rabah telah memeluk Islam. Umayah yang sebelum itu telah berkali-kali menyatakan kebenciannya terhadap agama yang dibawa Muhammad S.A.W itu, merasa terhina dengan keislaman hambanya, apatah lagi dengan kedudukan yang dia ada pada ketika itu.

Disebabkan itu, Bilal diseksa dan diseksa dengan sungguh kejam. Bilal dibaringkan di atas kehangatan padang pasir yang menyengat, lalu ditindih dengan batu besar yang juga panas, dengan tujuan agar Bilal meninggalkan agamanya. Sakitnya seksaan itu seperti berada di antara dua bara api.

Para penyeksa berkata padanya, "Sebutlah tuhan Lata dan tuhan Uzza." Jika Bilal menuruti, beliau akan terlepas dari diseksa lagi.

Namun, adakah beliau menuruti? Tidak.

Sebaliknya, apa pula yang terbit dari bibirnya "Ahad, Ahad," Yang Esa, Yang Esa.

Subhanallah. Dapatkah kita lihat betapa kuatnya keyakinan Bilal kepada Allah?

Ujian yang ditimpa ke atasnya, cukup hebat, bahkan, amat jauh lebih berat jika dibandingkan dengan segala ujian-ujian yang kita pernah hadapi.

Lalu, kepada siapa dia mengembalikan urusan itu semua? Allah SWT.

Bagaimana beliau beroleh kekuatan untuk menghadapi ujian yang ditimpakan ke atasnya? Bergantung harap kepada Allah.

Bahkan, seksaan-seksaan yang dikenakan ke atas Bilal itu bukanlah hanya sehari. Malah, berhari-hari lamanya. Ditambah, seksaan-seksaan dalam bentuk lain juga turut dikenakan, seperti diikat pada tiang, dan dilemparkan dengan batu-batu, dipukul dan sebagainya.

Lahaulawala quwatta illa billah.

Di situ, kita dapat lihat. Tabah, istiqamah dan teguhnya seorang Bilal bin Rabah. Dan semua itu hadir, tidak lain dan tidak bukan, atas kebergantungan dan keyakinannya kepada Allah. Yang Maha Perkasa.

Apakah manusia itu melihat?




Penutup

Allah itu ada untuk membantu kita, cuma kita yang jarang mendekati-Nya.

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,

"Allah Azzawajalla berfirman dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku dan Aku akan selalu bersertanya selama ia mengingat pada-Ku. Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hamba-Nya daripada seseorang di antara engkau semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas. Barangsiapa yang mendekat pada-Ku dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."
[Muttafaq 'alaih]

Kita rasa lemah.

Kita rasa tidak mampu.

Kita rasa hopeless.

Namun, sudahkah kita kembalikan ujian itu kepada Allah?

Bukankah Allah itu telah berjanji bahawa Dia sentiasa bersama dengan mereka yang berusaha untuk bergerak mendekatiNya?

Dan adakah sesiapa yang lebih tepat janjinya, berbanding Allah? Tiada.

Sungguh, tatkala kita diuji, di masa rasa lemah itu menyapa kita, Allah itu sentiasa ada untuk membantu hamba-hambaNya. Cuma terkadang, kita sahaja yang jarang berusaha untuk mendekati-Nya.

Justeru, di saat diri merasa lelah dan tidak mampu,
Kembalikanlah jiwamu kepada Allah.
Sepenuhnya.
Dan jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Ayuh!
Lalu, dari-Nya kau akan merasakan, kekuatan itu akan kembali hadir, dan mula bercambah di dalam jiwamu.

Dengan izin Allah, semestinya. InshaAllah.

Inspire from Mujahid 'S'

Memaafkan Untuk SYURGA


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi ataupun seorang Ulama.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW"? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh HEBAT darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -

Sunday 26 February 2012

- Kepentingan USRAH dalam Gerakan Islam -

Assalamualaikum pembuka bicara =)

Tonggak kepada gerakan Islam ialah Usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.
                                                                                            
Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.



DEFINISI USRAH


Usrah bermakna Keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.





TUJUAN USRAH


Antara tujuan usrah ialah;
  1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Taala.
  2. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
  3. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
  4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan seharian.
  5. Berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
  6. Sentiasa dapat bermulazamah dengan al-Quran dan al-Hadis.
  7. Membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
  8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
  9. Merapatkan ukhuwwah dan kasih sayang dalam kalangan anggota.
  10. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
  11. Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
  12. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
  13. Membuka saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Sistem usrah yang digunakan boleh mewujudkan sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
  14. Menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
  15. 15. Memahami peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, lembap, gopoh dan sebagainya.







1. Taaruf

Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.
Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.

·         Sabda Rasulullah s.a.w ;
Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain

·         Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain;
Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya”

·         Sabda Rasulullah s.a.w ;
Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu


2. Tafahum

Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.
Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantaap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3. Takaful

Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu, saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah sejati. Saudara hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.

Renunglah Hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan perkara tersebut-bermaksud :
” Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku,”


Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -




Saturday 25 February 2012

10 Permintaan IBLIS kepada ALLAH


Ini sebuah cerita renungan yang wajib dibaca. Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT.

Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah, Apa saja?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syaitan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa saja?

Syaitan :

1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia,

Allah mengizinkan.
Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji setan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada setan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan yang bukan untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah swt berfirman,
“Orang -orang boros adalah saudara – saudara syaitan. ” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “Silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.
Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai Muhammad, aku tidak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda.

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!!!
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)
Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:
Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong.”

Sampaikanlah Info agama ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka mengerti dengan benar, apakah tugas-tugas dari Iblis atau Syaitan. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan dapat mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaitan.
InshaALLAH, Allahuma amin ..

sumber : penulissenja


- Kasih Ilahi - Mujahid Ungu -

Jom Mengenal Biodata Rasulullah s.a.w

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:

  •  Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  •  Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah :
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah:


* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin : Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (Siddiq)
- Boleh dipercayai (Amanah)
- Penyampai ajaran Islam (Tabliq)
- Bijaksana (Fatanah)


Kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding Kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.


Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.


Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.


Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.






- Kasih Ilahi - Mujahid Ungu ~