Assalamualaikum pembuka bicara =)
Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik dan tercela, juga sifat yang patut kita jauhi.
Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut:
1. Gemar Makan dan Minum :
Hadis Nabi saw maksudnya " Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah SWT ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.
2. Banyak berkata-kata(yang sia-sia) :
Telah menjadi lumrah manusia suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia-sia dan membawa kebaikan.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, melainkan bisikan-bisikan daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia” [Surah AnNisa :114 ]
3. Marah :
Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
4. Hasad dengki, dan iri hati :
Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.
Hadis Nabi saw yang bermaksud: " Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
5. Kasih kepada harta :
Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir adalah dilarang dan dibenci oleh Islam.
6. Takbur :
Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
7. Riyak :
Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
8. Ujub :
Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
9. Kasih akan Dunia :
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:
Maksudnya: " Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak."
No comments:
Post a Comment