Followers

Monday, 25 April 2011

Pedulikan Kata - Kata Orang Lain .



Kisah Juha dan Anaknya

Pada suatu ketika di padang pasir yang terik, kelihatan kelibat Juha sedang menunggang keldai kepunyaannya ditemani seorang pemuda iaitu anak beliau sendiri yang berjalan di sisinya.
Apabila mereka melalui sekelompok masyarakat, kedengaranlah suara-suara yang berkata.

"Lihatlah si ayah yang tidak berhati perut tu! Dia sedap-sedap duduk atas keldai sedangkan anak dia yang masih kecil terpaksa berjalan meredah panas matahari!"


Lalu, Juha yang perasan dirinya sedang ditegur oleh masyarakat, terus memberhentikan keldai dan turun dari keldai tunggangannya itu manakala anaknya mula menunggang si keldai.

Maka legalah Juha kerana berasakan masyarakat sudah "redha" akannya.
Mereka anak beranak melalui pula sekelompok masyarakat yang lain. Kedengaran pula kata-kata sinis dari masyarakat.

"Memang anak derhaka betullah budak tu! Dia yang gagah perkasa dan masih kuat boleh biarkan ayahnya yang tak berdaya berjalan kaki sementara dia bersenang lenang atas keldai tu!"

Juha sekali lagi memberhentikan keldai tersebut lalu menunggangnya bersama-sama anaknya demi menyelamatkan diri daripada dikritik oleh masyarakat.

Kemudian mereka melalui pula sekelompok masyarakat lain. Seperti tadi, masyarakat tersebut menempelak mereka,

 "Apa punya manusialah macam ni! Tak kesian ke kat keldai tu? Tak nampak ke keldai tu dah tua? Tunggang juga!"

Juha turun dari keldai yang kebingungan itu dan meminta anaknya juga turun.Lalu berjalanlah mereka di samping keldai tersebut menuju ke destinasi mereka.

Sekali lagi mereka melalui sekelompok masyarakat yang berkata,

"Tengoklah orang-orang yang bodoh ni! Mereka kepenatan kerana berjalan padahal keldai mereka ada untuk ditunggang! Kalau begitu kenapa keldai tu dicipta kalau bukan untuk ditunggang?!"

Juha yang sudah hilang kesabaran menjerit, lalu menarik tangan anaknya. Mereka menyusup ke bawah si keldai lalu mengangkat keldai malang itu ke atas pundak mereka! Akhirnya, keldai yang menunggang mereka!

Pedulikan Kata-kata Orang Lain

Ana kagum dengan manusia yang jenis mengikut kata hatinya dalam berbuat sesutu. Sebab mereka akan memekakkan telinga terhadap apa sahaja komen mahupun kejian orang sekeliling yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Tetapi Awas! Meskipun anda fikir anda betul, pastikan anda mengambil sedikit masa untuk mengambil kira pendapat mereka dan ambil perkara yang positif. Barangkali ada yang anda bakal lakukan itu bercanggah dari agama. Dan mereka tidak mahu anda terjebak dengan perkara yang dilarang Allah.

Walaupun anda berani, adakah anda berani kerana benar atau anda berani walaupun salah?

Mahu contoh?

Para pemuda yang berada di atas jalanraya pada waktu malam dan pagi membuat bising dengan ekzos motosikal mereka yang membingitkan telinga. Sangat mengkagumkan kerana mereka langsung tidak takut MATI!
Sedangkan orang yang alim pun sentiasa beristighfar setiap masa meskipun keadaan beliau ketika itu tidak memungkinkan beliau mati (mati tidak mengenal waktu), apatah lagi para pemuda yang mempertaruhkan nyawa mereka atas desakan nafsu semata-mata? Bertasbihkah mereka pada waktu itu?

Lagi contoh?

Pasangan yang hangat bercinta dan belum nikah, tanpa segan silu menjaja kisah cinta mereka dan berpegang tangan mahupun bertemujanji di tempat awam. Mereka ini berani kan?! Sangat-sangat berani!
Apabila Allah bertanya kenapa mencemarkan cinta yang suci itu dengan zina? Ditekankan di sini bahawa zina itu bukan sahaja persetubuhan haram antara lelaki dan wanita, ianya merangkumi sekecil-kecil perkara seperti  bertentang mata, text message yang tidak mustahak, you name it.
Beranikah mereka menjawab kepada Allah? "Orang lain bercinta macam biasa je. Takkan kita orang tak boleh?"
Beranikah? Beranikah? Kalau berani ,ya sila teruskan.

Setiap apa yang kita buat, akan ada segelintir manusia yang sentiasa cuba mencari kesalahan yang sebesar-besar perkara mahupun sekecil-kecil molekul. Percayalah bahawa inilah jenis manusia yang hatinya sentiasa diselubungi syak wasangka buruk terhadap orang lain. Setiap kali ada peluang untuk menuduh, dirinya akan menjadi orang yang paling awal mengkritik perbuatan seseorang.

Peristiwa

Kita lihat Abu makan di restoran mewah padahal gajinya tidak seberapa.
"Nak berlagak la tu! Entah dari mana dia songlap duit!"
Yang kita tak tahu bahawa majikan Abu yang belanja kerana kesungguhan dan sifat amanah beliau ketika bekerja.

Kita lihat Amir datang ke sekolah dengan mata bengkak kemerahan.
"Ni mesti kes tengok bola sampai tak tidur ni!"
Yang kita tak tahu Amir menangis kerana takut kepada tuhannya dalam sujudnya di sepertiga malam.

Kita lihat Suhaila keluar berdua-duaan dengan lelaki padahal dia belum bersuami.
"Pakai tudung labuh! Tapi keluar dengan jantan! Murah!"
Yang kita tak tahu adalah abang kandung beliau baru balik dari luar negara datang untuk berjumpa adik kesayangan.

Kita lihat Ismail pakai kopiah ke mana-mana pun beliau pergi.
"Alah, nak tunjuk alim konon! Macamlah dia tu tiap-tiap hari pergi masjid!"
Yang kita tak tahu bahawa Ismail berusaha mengelakkan dirinya daripada berbuat maksiat kerana hinalah dia kalau berbuat maksiat dan mendatangkan fitnah kepada orang-orang soleh.

Kita lihat Jeff selalu balik malam-malam terhuyung hayang dan berbau masam.
"Memang penghuni neraka lah dia jawabnya!"
Yang kita tak tahu tiada siapa yang membimbing beliau bagaimana cara untuk menenangkan hati sehingga beliau mengambil jalan mudah dengan minum arak.

Kita lihat Abdul ada teman wanita keliling pinggang.
"Melekat HIV nanti baru tahu! Zina je kerja dia!"
Yang kita tak tahu Abdul berusaha membawa wanita-wanita itu ke jalan Allah. 
(Cara ini salah. Kerana masih ramai wanita-wanita solehah yang boleh membimbing kaum sejenis mereka yang telah tersilap langkah. Cara yang halal ialah dengan menikahi mereka)

Pokok segala cerita di atas ialah bersangka baik dan anda dan ana harus berani kerana anda dan ana benar

Elakkan dari terlalu suka menuding jari terhadap orang lain.

Jauhi dari meneruskan perkara yang anda rasa salah di sisi Allah.


No comments:

Post a Comment