Followers

Saturday, 2 April 2011

KISAH 5 SEN

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata "tolong bebas kan aku". 

Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya.

 Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya. Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. 

Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi. Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. 

Setelah terpisah ketika perang Jepun, arwah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan. Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. 

Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada si mati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta si mati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang si mati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal. 

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan arwah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan. Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu. Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.

Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab arwah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. 

Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan arwah suaminya. Mungkin orang lain. Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. 

Lelaki tua tersebut bertanya "inikah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar)?" Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut. Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur arwah ayahnya. 

Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya. 

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawab orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya. 

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua tersebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. 

Orang tua tersebut terus berdoa "Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawanku Azlan berhutang kepada ku". Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi. Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis). 

Moral cerita; Renungilah hadith nabi berikut : Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu" 

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahsyat iaitu roh teawang-awang diantara langit dan bumi. 

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati. Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya. 

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282: "Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

p/s : Bila berhutang, pastikan bayar semula.

Friday, 1 April 2011

Putus Asa ? Mari Lihat Apa Janji ALLAH.


Putus asa bermaksud hilang harapan atau beranggapan tidak ada harapan lagi dalam menyelesaikan sesuatu perkara ataupun menyalahkan takdir apabila ditimpa sesuatu musibah. 

Firman Allah yang Maha Agung;


Surah Al-Hijr [15] : 56


56. Ibrahim berkata: " Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."

Orang Islam yang beriman sama sekali TIDAK boleh berputus asa. Sebetulnya tiada istilah putus asa pada orang Islam, orang yang berputus asa hanyalah mereka yang tidak mahu berusaha memperbaiki dan menjaga kehormatan diri.

Orang mukmin yang teguh imannya tidak akan berputus asa, mereka melihat masa depan sentiasa cerah dan bersangka baik pada Allah yang Maha Agung. Malah orang yang bersabar terhadap dugaannya akan dikurniakan pahala yang besar sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung;


Surah Az-Zumar [39] : 10

10. Katakanlah: " Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu."

Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Oleh kerana itu, wajarlah kita mengetahui secara umum akan ciri-ciri orang yang putus asa itu, kerana kadangkala tanpa kita sedar kita juga kadangkala tergolong dalam orang-orang yang berputus asa.



PERBINCANGAN
(a). Sengaja mengikuti jalan yang lain dari jalan yang ditunjuki ;


Surah Al-Anbiyaa' [21] : 35

35. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.

(i). Orang-orang mengingkari qada dan qadar Allah yang Maha Agung. Mereka yang apabila ditimpa musibah, seperti penyakit, kemiskinan dan sebagainya lalu berputus asa dan tidak berusaha atau berikhtiar. Mereka menyalahkan takdir kerana ditimpa musibah seperti itu dan berputus asa terhadap rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman-Nya;


Surah Yusuf [12] : 87

87. .... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

(ii). Orang-orang yang mengingkari nikmat Allah yang Maha Agung. Apabila diberikan sesuatu nikmat seperti kekayaan misalnya, mereka mengatakan segala kekayaan yang ada pada mereka hanyalah kerana usaha dan kepandaian mereka sendiri. Mereka menolak bahawa nikmat yang dikecapi adalah dari Allah yang Maha Agung dan mereka tidak percaya setiap sesuatu telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Agung.

Mereka dikatakan berputus asa kerana, mereka tidak berdoa dan bersyukur atas kurniaan Allah yang Maha Kaya. Mereka menyangka itu adalah hasil titik peluh mereka dan lupa rezeki yang telah ditetapkan untuk mereka. Mereka berputus asa pada rahmat Allah yang Maha Agung.


Surah Luqman [31] : 12

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: " Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji....

                                          Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -

Sejarah April Fool ! Siapa yang BODOH ?


Sesungguhnya umat Islam hari ini perlu meneliti amaran Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka."

(Hadis riwayat Imam Abu Daud)



Hadith diatas memberi peringatan keras kepada umat Islam bahawa janganlah kita terlalu mudah mengikuti aktiviti-aktiviti perayaan yang tidak diketahui daripada mana datangnya sumber tersebut. Apa yang sangat menyedihkan, umat Islam hari ini mudah terikut dengan agenda songsang barat yang memang nyata mempunyai hasrat dan cita-cita untuk memesongkan aqidah dan akhlaq umat Islam hari ini, maka mereka menggunakan pelbagai saluran media cetak dan elektronik untuk mempromosi perkara mungkar yang memang bercanggah dengan nilai Islam dan ketimuran. 


Barat mencanangkan hiburan yang melampau, kebebasan anak muda yang keterlaluan sehingga menjadikan mereka terlupa yang mereka adalah anak yang dilahirkan dari seorang ayah dan ibu yang menganut Islam. Antara aktiviti mungkar dan keji yang menyumbang kepada keruntuhan akhlaq dan moral dimana anak muda Islam turut sama meraikannya dalam keadaan jahil dan tidak sedar keburukannya ialah sambutan April Fool !



Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan?




Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.



Sejak pembebasan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.



Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.



Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirim sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menakluk Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.



Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.



Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.



Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.



Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. 
Ilustrasi Perang Salib IV


Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian pujuk tentera Salib.



Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.



Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.



Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.




Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.



Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.


Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. 



SAY NO TO APRIL FOOL !


Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.



Allah swt berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [ al-Hujurat (49:10]

Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka." 

(Hadis riwayat Imam Abu Daud)


Berdasarkan ayat diatas, jelaslah kepada kita bahawa apabila kita mengakui muslim yang lain adalah saudara kita seagama, maka sambutan April Fool ini bercanggah dengan semangat persaudaraan yang di anjurkan Islam . 


Allah swt menggalakkan kita memperbaiki hubungan persaudaraan Islam ini, maka apabila kita mengetahui April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian kepada Umat Islam, maka Tidak Layak sebagai orang yang mengaku muslim dan beriman merayakan hari April Fool ini kerana seolah-olah kita merestui pembunuhan Umat Islam disepanyol oleh golongan kuffar.


 Maka sama-samalah kita menginsafi kesilapan besar yang mungkin telah kita lakukan suatu masa dahulu. Sekian untuk makluman pembaca sekalian, semoga artikel ini memberi makna yang besar dalam memahami kedudukan kita sebagai saudara seagama. Wallua`lam.




Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -


Thursday, 24 March 2011

Cara Mengelak Zina Hati.


Selagi dinamakan Manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: 
- Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar.
- Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” 

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


Ikhlas kepada Allah. 

  • Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah". Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa.

  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus Mata dan Pandangan

  • Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”


Bernikah dan Bina Rumah Tangga

  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.


- Semoga bermanfaat =)

Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -

Thursday, 10 March 2011

Menatap Wajah Insan Tersayang Ketika Mereka Tidur .





Kasih sayang ibu dan ayah tidak ada batasnya.


Renungkan ... lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka ...


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. 


Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.


Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.


Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.


Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah ... Lihatlah ibu anda ...


Hmm... kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...


Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya.


Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.


Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.


Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA !


Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.


Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.


Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "


dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali ...



Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -

Nabi Muhammad s.a.w dengan Pengemis Buta.







Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.


Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.


Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. 



Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.


Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.


Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.


Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.


Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.


Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.


Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”


Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.


Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.


Pada keesokan harinya, Saidina Abu Bakar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.


Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.


Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.


Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.


Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.


Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.


Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke Rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.


“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.


Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.


Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.


Ya benar. Kamu tidak percaya?”


Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.


Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.


Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.


Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..



Subhanallah .. Sungguh dengan perbuatan Rasulullah s.a.w yang begitu berhikmah dapat membawa cahaya Hidayah kepada yang lain.


~ Semoga bermanfaat ~


Lailla'ahilallah muhammadur rasulullah


                                 - Mujahid Ungu - Kasih Ilahi -

Friday, 4 March 2011

Rahsia Kecerdasan Orang Beriman.




Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup”.



Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. 

Ketujuh sunnah Nabi s.a.w itu adalah:


Pertama : Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua : Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karena mesjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.


Keempat : Jaga sholat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. 

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


~ Semoga bermanfaat ~


Alhamdulillah Jaza Kumullahuairah..=)



Tuesday, 1 March 2011

Perjalanan Ini.


Perjalanan itu masih lagi jauh untuk ditempuhi .. dalam mengenal diri, rupa-rupanya jahilnya kita ini .Segala yang kita miliki sekarang adalah pinjaman sementara dari yang maha Esa. Setiap nafas yang dihembus, adalah kurniaan ilahi. Sungguh hebat kebesaran ciptaan Allah SWT. Dia menghadirkan rasa yang pelbagai dalam jiwa. Perasaan untuk mencintai dan mengenal siapakah kita ini jika dibandingkan dengan kehebatan Allah.Namun apa yang kita ada sekarang ini, hargailah ia sebelum ia diangkat dan pada masa itu barulah mahu untuk menyesal.

Aku bersyukur 
Ya Allah Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -
Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara


Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta

KepadaMu Yang Esa

Usah Diungkit Perkara Yang Berlaku .




Ada banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Hidup Mengenal Diri ~


Hidup ini tidak sentiasa ceria dan bahagia. Adakalanya duka dan hiba menyelubungi kita kerana pelbagai masalah dan musibah yang melanda. Hadapilah setiap permasalahan dengan fikiran yang positif dan berbaik sangka bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang sangat bernilai untuk kita. Pasti hati kita menjadi tenang dan terhindar dari salah sangka dan fitnah yang boleh memporak perandakan hidup kita.

Jadilah orang yang pemaaf dan mudah meminta maaf jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Sikap bermaaf-maafan menjadikan diri kita sentiasa tenang kerana ia menghapuskan perasaan dendam yang boleh mendatangkan akibat yang buruk jika tidak dapat dikawal. Bermaaf-maafanlah tanpa menunggu masa yang tertentu kerana sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Lazimilah kehidupan seharian kita dengan bersilaturrahim. Sayangi dan hormatilahlah orang-orang yang berada di sekeliling kita tanpa mengira darjat dan pangkat. Bersilaturrahimlah dengan jiran tetangga, sahabat handai dan sebagainya. Jadikan diri kita seorang yang mudah didekati oleh orang lain. Perbaiki cara kita bersosial dan berkawanlah dengan ramai orang. Kawan yang baik yang boleh menceriakan hidup kita semasa kita dalam kebuntuan.

Luahkan apa yang mengganggu pemikiran kita dengan cara menulis dan berbincang dengan orang yang kita percayai. Dengan menulis umpamanya diari, cerpen, puisi dan artikel, kita dapat menyalurkan keresahan, kesedihan, kekecewaan dan segala perasaan yang memberikan tekanan kepada kita mengikut cara kita sendiri. Jika kita tidak mahu menulis, kita boleh bercerita kepada orang yang kita percayai bahawa beliau boleh mendengar dan menyimpan segala apa yang kita luahkan. Dengan kedua-dua cara ini sebenamya kita berkongsi perasaan dan secara tidak langsung akan dapat melapangkan pemikiran kita dan hati akan semakin tenang.

Belajarlah menghargai diri dengan cara kita sendiri. Terimalah diri kita seadanya. Apabila kita mencapai sesuatu kejayaaan, walaupun kecil, berikan ganjaran untuk diri sendiri. Umpamanya kita telah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, hadiahkan untuk diri kita sesuatu yang kita sukai seperti makan di restoran yang kita gemari dan sebagainya. Selain itu, sentiasalah memotivasikan diri dengan kata-kata yang boleh menguatkan semangat hidup. Contohnya katakan kepada diri sendiri, "Yakinlah saya boleh, saya pasti boleh!"

Bersikap 'Asertif iaitu berani untuk berkata tidak, jika kita merasakan tidak mampu untuk melakukan sesuatu apabila diminta untuk melakukannya. Jika kita menerima sesuatu tanggung-jawab yang kita pasti tidak dapat melakukannya, sebenarnya kita cuba menggalas beban yang hanya akan memberatkan fikiran dan diri kita sendiri. Bebaskan diri untuk berkata apa yang kita ingini kerana ia akan mengelakkan diri kita dari perasaan tertekan.

Makan makanan yang halal, baik dan berzat. Sentiasa peka dengan apa yang kita makan terutamanya makanan segera dan yang telah diproses. Pastikan kandungannya halal. Makanan yang halal dan berzat amat penting untuk ketenangan hati dan menjamin tubuh badan yang sihat.

Bersenam secara teratur, rehat secukupnya. Ingatlah, "Badan Sihat, Otak Cergas". Gunakan peluang hari minggu untuk bersenam. Tidurlah secukupnya kerana rehat yang paling baik ialah tidur yang cukup.

Itulah di antara cara-cara yang baik untuk mewujudkan ketenangan hati. Semoga kita dapat menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini dengan tabah dan sentiasa di bawah bimbingan serta rahmat dari Ilahi.

Hadapilah hidup ini dengan tenang dan senyuman.