Masalah Komunikasi Pembunuh Senyap ? |
Di antara masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah organisasi adalah masalah komunikasi antara pihak pengurusan dan subordinat.
Punca-punca berlaku masalah komunikasi tersebut mungkin kerana gaya kepimpinan atau kurang kemahiran berkomunikasi. Gaya kepimpinan yang lemah, autoritarian dan ortodoks boleh menghalang proses komunikasi yang lebih terbuka.
Manakala kelemahan kemahiran interpersonal juga merupakan satu ‘penyakit’ yang menjadi pembunuh senyap kepada kedinamikan organisasi.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ORGANISASI
1. Banyakkan interaksi antara pemimpin dan pimpinan. Kurangkan mengguna memo apabila memberi arahan kepada pimpinan.
2. Sesekali bertanya khabar, berbual-bual dengan pimpinan atau ambil tahu hal pimpinan bagi mengurangkan tembok pemisah antara pihak pemimpin dan pimpinan.
3. Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk berbincang dengan pimpinan berkaitan masalah dalam organisasi, prestasi pimpinan atau penambahbaikan yang boleh dilakukan. Beri ruang kepada pimpinan meluahkan permasalahan, kritikan atau pendapat tanpa memarahi mereka.
4. Komen prestasi pimpinan dalam suasana yang peribadi seperti di luar mahupun secara bersendirian dan bersemuka. Bersikap terbuka dan profesional serta beri peluang pimpinan memberi penjelasan berkaitan prestasinya.
5. Beri ganjaran dalam bentuk pujian atau pengiktirafan di atas kerja-kerja yang berjaya dilaksanakan dengan baik dan cekap.
Kesemua langkah di atas dapat menghasilkan dalam organisasi yang kondusif dan profesional kerana wujud komunikasi yang terbuka antara pemimpin dan pimpinan.
Sebagaimana yang diketahui, ‘office politic’ atau politik pejabat boleh membunuh mood bekerja seseorang pekerja dan akhirnya sumber manusia yang baik akan disia-siakan hanya kerana suasana komunikasi yang terbatas menguasai organisasi.
No comments:
Post a Comment