Followers

Friday, 29 April 2011

Sifat - Sifat Mazmumah ( Tercela )





Assalamualaikum pembuka bicara =)

Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik dan tercela, juga sifat yang patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum :

Hadis Nabi saw maksudnya " Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah SWT ialah orang yang banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.


2. Banyak berkata-kata(yang sia-sia) :

Telah menjadi lumrah manusia suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia-sia dan membawa kebaikan.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, melainkan bisikan-bisikan daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia” [Surah AnNisa :114 ]


3. Marah :

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.


4. Hasad dengki, dan iri hati :

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: " Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”


5. Kasih kepada harta :

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir adalah dilarang dan dibenci oleh Islam.


6. Takbur :
Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.


7. Riyak :

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.


8. Ujub :

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.


9. Kasih akan Dunia :

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: " Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak."




Kawan Akhir Zaman

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki dirinya

Yang benar-benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna

Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah-payah dan berpenat lelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat

Yang ada kini hanyalah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Menggunakan professionnya menuju cita-cita di akhirat sana

Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Bersifat silaturrahim semata-mata kerana Allah 
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata-mata kerana Allah

Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka

Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan majlis-majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis-majlis Agama tempat berkenalan

Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli-belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman

Yang ada kini hanyalah
Artis dijadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan


Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat

Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah-olah kematian itu masih jauh
Seolah-olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh....


Semoga 'Kita' yang ada ini sentiasa Bersama Selama-lamanya.

- Azree Purple Alwaysbethere -

Mengapa Bukan Kamu Yang BercOuple dengan dia ?

Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.


Apakah maksud saya?

Couple dan lompong kasih sayang

Mengapa bercouple?

Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.

Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.

Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.

Di sinilah timbul persoalan.

Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina.


Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?

Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?


Apabila wujud keakraban.

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.

Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.

Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.

Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.


Satu cerita saya.

Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.

Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”

Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.

Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”

Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.

Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”


Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.

Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.

Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.



Penutup: Kita isi hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.

Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.









Monday, 25 April 2011

Pedulikan Kata - Kata Orang Lain .



Kisah Juha dan Anaknya

Pada suatu ketika di padang pasir yang terik, kelihatan kelibat Juha sedang menunggang keldai kepunyaannya ditemani seorang pemuda iaitu anak beliau sendiri yang berjalan di sisinya.
Apabila mereka melalui sekelompok masyarakat, kedengaranlah suara-suara yang berkata.

"Lihatlah si ayah yang tidak berhati perut tu! Dia sedap-sedap duduk atas keldai sedangkan anak dia yang masih kecil terpaksa berjalan meredah panas matahari!"


Lalu, Juha yang perasan dirinya sedang ditegur oleh masyarakat, terus memberhentikan keldai dan turun dari keldai tunggangannya itu manakala anaknya mula menunggang si keldai.

Maka legalah Juha kerana berasakan masyarakat sudah "redha" akannya.
Mereka anak beranak melalui pula sekelompok masyarakat yang lain. Kedengaran pula kata-kata sinis dari masyarakat.

"Memang anak derhaka betullah budak tu! Dia yang gagah perkasa dan masih kuat boleh biarkan ayahnya yang tak berdaya berjalan kaki sementara dia bersenang lenang atas keldai tu!"

Juha sekali lagi memberhentikan keldai tersebut lalu menunggangnya bersama-sama anaknya demi menyelamatkan diri daripada dikritik oleh masyarakat.

Kemudian mereka melalui pula sekelompok masyarakat lain. Seperti tadi, masyarakat tersebut menempelak mereka,

 "Apa punya manusialah macam ni! Tak kesian ke kat keldai tu? Tak nampak ke keldai tu dah tua? Tunggang juga!"

Juha turun dari keldai yang kebingungan itu dan meminta anaknya juga turun.Lalu berjalanlah mereka di samping keldai tersebut menuju ke destinasi mereka.

Sekali lagi mereka melalui sekelompok masyarakat yang berkata,

"Tengoklah orang-orang yang bodoh ni! Mereka kepenatan kerana berjalan padahal keldai mereka ada untuk ditunggang! Kalau begitu kenapa keldai tu dicipta kalau bukan untuk ditunggang?!"

Juha yang sudah hilang kesabaran menjerit, lalu menarik tangan anaknya. Mereka menyusup ke bawah si keldai lalu mengangkat keldai malang itu ke atas pundak mereka! Akhirnya, keldai yang menunggang mereka!

Pedulikan Kata-kata Orang Lain

Ana kagum dengan manusia yang jenis mengikut kata hatinya dalam berbuat sesutu. Sebab mereka akan memekakkan telinga terhadap apa sahaja komen mahupun kejian orang sekeliling yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Tetapi Awas! Meskipun anda fikir anda betul, pastikan anda mengambil sedikit masa untuk mengambil kira pendapat mereka dan ambil perkara yang positif. Barangkali ada yang anda bakal lakukan itu bercanggah dari agama. Dan mereka tidak mahu anda terjebak dengan perkara yang dilarang Allah.

Walaupun anda berani, adakah anda berani kerana benar atau anda berani walaupun salah?

Mahu contoh?

Para pemuda yang berada di atas jalanraya pada waktu malam dan pagi membuat bising dengan ekzos motosikal mereka yang membingitkan telinga. Sangat mengkagumkan kerana mereka langsung tidak takut MATI!
Sedangkan orang yang alim pun sentiasa beristighfar setiap masa meskipun keadaan beliau ketika itu tidak memungkinkan beliau mati (mati tidak mengenal waktu), apatah lagi para pemuda yang mempertaruhkan nyawa mereka atas desakan nafsu semata-mata? Bertasbihkah mereka pada waktu itu?

Lagi contoh?

Pasangan yang hangat bercinta dan belum nikah, tanpa segan silu menjaja kisah cinta mereka dan berpegang tangan mahupun bertemujanji di tempat awam. Mereka ini berani kan?! Sangat-sangat berani!
Apabila Allah bertanya kenapa mencemarkan cinta yang suci itu dengan zina? Ditekankan di sini bahawa zina itu bukan sahaja persetubuhan haram antara lelaki dan wanita, ianya merangkumi sekecil-kecil perkara seperti  bertentang mata, text message yang tidak mustahak, you name it.
Beranikah mereka menjawab kepada Allah? "Orang lain bercinta macam biasa je. Takkan kita orang tak boleh?"
Beranikah? Beranikah? Kalau berani ,ya sila teruskan.

Setiap apa yang kita buat, akan ada segelintir manusia yang sentiasa cuba mencari kesalahan yang sebesar-besar perkara mahupun sekecil-kecil molekul. Percayalah bahawa inilah jenis manusia yang hatinya sentiasa diselubungi syak wasangka buruk terhadap orang lain. Setiap kali ada peluang untuk menuduh, dirinya akan menjadi orang yang paling awal mengkritik perbuatan seseorang.

Peristiwa

Kita lihat Abu makan di restoran mewah padahal gajinya tidak seberapa.
"Nak berlagak la tu! Entah dari mana dia songlap duit!"
Yang kita tak tahu bahawa majikan Abu yang belanja kerana kesungguhan dan sifat amanah beliau ketika bekerja.

Kita lihat Amir datang ke sekolah dengan mata bengkak kemerahan.
"Ni mesti kes tengok bola sampai tak tidur ni!"
Yang kita tak tahu Amir menangis kerana takut kepada tuhannya dalam sujudnya di sepertiga malam.

Kita lihat Suhaila keluar berdua-duaan dengan lelaki padahal dia belum bersuami.
"Pakai tudung labuh! Tapi keluar dengan jantan! Murah!"
Yang kita tak tahu adalah abang kandung beliau baru balik dari luar negara datang untuk berjumpa adik kesayangan.

Kita lihat Ismail pakai kopiah ke mana-mana pun beliau pergi.
"Alah, nak tunjuk alim konon! Macamlah dia tu tiap-tiap hari pergi masjid!"
Yang kita tak tahu bahawa Ismail berusaha mengelakkan dirinya daripada berbuat maksiat kerana hinalah dia kalau berbuat maksiat dan mendatangkan fitnah kepada orang-orang soleh.

Kita lihat Jeff selalu balik malam-malam terhuyung hayang dan berbau masam.
"Memang penghuni neraka lah dia jawabnya!"
Yang kita tak tahu tiada siapa yang membimbing beliau bagaimana cara untuk menenangkan hati sehingga beliau mengambil jalan mudah dengan minum arak.

Kita lihat Abdul ada teman wanita keliling pinggang.
"Melekat HIV nanti baru tahu! Zina je kerja dia!"
Yang kita tak tahu Abdul berusaha membawa wanita-wanita itu ke jalan Allah. 
(Cara ini salah. Kerana masih ramai wanita-wanita solehah yang boleh membimbing kaum sejenis mereka yang telah tersilap langkah. Cara yang halal ialah dengan menikahi mereka)

Pokok segala cerita di atas ialah bersangka baik dan anda dan ana harus berani kerana anda dan ana benar

Elakkan dari terlalu suka menuding jari terhadap orang lain.

Jauhi dari meneruskan perkara yang anda rasa salah di sisi Allah.


Thursday, 21 April 2011

Mari Bersama JAGA IKHTILAT




                                     

Pergaulan antara IKHWAN - AKHWAT (Muslimin - Muslimat)


Di bawah ini diuraikan beberapa aturan Islam berkaitan dengan masalah pergaulan IKHWAN - AKHWAT, antara lain :

Menjaga Pandangan ;
QS. An-Nur : 30-31

“Tidaklah seorang Muslim sedang melihat keindahan wanita kemudian ia menundukkan pandangannya, kecuali Allah akan menggantinya dengan ibadah yang ia dapatkan kemanisannya.” (HR. Ahmad)


“Semua mata pada hari kiamat akan menangis, kecuali mata yang menundukkan atas apa yang diharamkan oleh Allah, mata yang terjaga di jalan Allah dan mata yang menangis karena takut kepada Allah.” (HR. Ibnu Abi Dunya)


Menutup Aurat secara Sempurna
QS. Al-Ahzab : 59, QS.An- Nur : 31

“Hai Asma, sesungguhnya perempuan itu apabila telah sampai umur/dewasa, maka tidak patut menampakkan sesuatu dari dirinya melainkan ini dan ini. Rasulullah berkata sambil menunjukkan kepada muka dan telapak tangan hingga peregelangannya sendiri.” (HR. Abu Dawud dan Aisyah)


”Dari Abu sa’id RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Seorang laki-laki tidak boleh melihat aurat sesama lelaki, begitu pula seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Seorang laki-laki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut, begitu pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan kulit dengan sesama perempuan dalam satu selimut.” (HR. Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadhush Shalihin)

Bagi wanita diperintahkan untuk tidak berlembut-lembut suara dihadapan laki-laki bukan mahram. (QS. Al-Ahzab : 32)


Dilarang bagi wanita bepergian sendirian tanpa mahramnya sejauh perjalanan satu hari.

“ Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk bepergian yang memakan waktu sehari semalam kecuali bersama mahramnya.” (HR. Bukhari Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)



Dilarang “berkhalwat” (berdua-duaan antara lelaki dan wanita)

“Dari Ibnu Abbas RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “janganlah sekali-kali salah seorang diantara kalian bersunyi-sunyi dengan perempuan, kecuali disertai muhrimnya.” (HR. Bukhari Muslim dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)


Laki-laki dilarang berhias menyerupai perempuan, juga sebaliknya. 

“Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata : “Rasulullah SAW melaknat kaum laki-laki yang suka menyerupai kaum wanita dan melaknat kaum wanita yang suka menyerupai kaum laki-laki.” (HR. Bukhari dikutip Imam Nawawi dalam Tarjamah Riyadush Shalihin)


Haram kaum lelaki memandang kaum wanita yang bukan mahramnya;
Dalam fasal ini dijelaskan tentang diharamkannya kaum lelaki memandang kaum wanita yang bukan muhrimnya. Begitu pula sebaliknya, yakni keharaman kaum wanita memperhatikan kaum lelaki yang bukan muhrimnya.


Tersebut dalam firman Allah dalam surah Al ahzab :
“Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan bagi hati mereka”.


Dalam surah An Nuur ayat 30 menjelaskan :
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci begi mereka”; Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat”.


Rasulullah S.A.W bersabda: "Pandangan mata itu merupakan panah beracun dari panah Iblis. Barang siapa meninggalkannya karena takut Allah S.W.T, maka Allah memberinya keimanan yang mana ia akan memperoleh kemanisannya didalam hati”.


Nabi Isa as bersabda: 
“Takutlah kamu. peliharalah dirimu dari memperhatikan. Karena sesungguhnya memperhatikan itu menumbuhkan syahwat di dalam hati. Dan cukuplah syahwat itu menjadi fitnah”.


Sa’ad bin jubair mengatakan hanyalah fitnah yang menimpa Nabi Daud As adalah di sebabkan pandangan beliau. Nabi Daud bersabda kepada putera beliau Nabi Sulaiman As, "lebih baik berjalanlah di belakang macan dan harimau, janganlah berjalan di belakang perempuan".


Mujahid mengatakan, apabila seorang perempuan menghadap ke muka maka Iblis duduk di bahagian kepalanya. Lalu Iblis memperindah diri perempuan itu yang di peruntukkan bagi orang yang memperhatikannya. Kalau seorang perempuan berbalik menghadap kebelakang maka Iblis duduk di pantatnya. Lalu Iblis memperindah perempuan itu yang di peruntukkan bagi orang yang memperhatikannya.


Seorang bertanya kepada Nabi Isa As, Apa permulaan yang menyebabkan orang berzina?. Beliau bersabda : Iaitu akibat memperhatikan perempuan dan memperhatikan dirinya.


Al Fudhail mengatakan, Iblis berkata bahawa pandangan yang di lepaskan pada suatu perkara yang tidak halal itu adalah merupakan panahku yang sudah tua dan busurku yang tak pernah luput jika aku pergunakan.


Tersebut dalam sya’ir:

Segala sesuatu yang baru terjadi


Permulaannya dari pandangan

Nyala api yang besar

Permulaannya dari pelatuk yang kecil

Orang yang mempermainkan mata

Sangat di kuatirkan akibatnya

Berapa banyak pandangan

Yang masuk dan bekerja dalam hati

Bagaikan anak panah yang dilepas busur dan tali

Orang yang memperhatikan

Perkara yang membahayakan

Akan menyenangkan orang yang mempunyai kekuatiran

Tetapi kalau akhirnya mencelakakan

Itu tidak membahayakan



Ummu salamah Ra mengatakan bahwa Ibnu Ummi maktum meminta izin kepada Rasulullah S.A.W. Saat itu aku dan Maimunah Ra duduk bersama, maka Rasulullah bersabda: "Bertakbirlah kalian!"  "Kami menimpali" ; Bukankah dia orang buta yang tidak dapat memandang kami?”. Rasulullah bersabda:” Apa kalian tidak dapat melihatnya juga ?”.


Rasulullah S.A.W mengingatkan : 
“Allah melaknat orang yang dipandang dan orang yang dipandangi (membalas pandangan).

Bagi perempuan yang beriman pada Allah, tidak dibenarkan memperlihatkan diri pada setiap orang asing, karena yang tidak terikat oleh pernikahan atau muhrim karena nasab atau sesusuan. Demikian pula orang lelaki tidak dibenarkan memperhatikan kaum wanita, sebaliknya kaum wanita balas memperhatikan pandangannya.

Sebagaimana kaum lelaki menundukkan pandangannya kepada kaum wanita, maka menjadi kewajiban pula kaum wanita menundukkan pandangan mata terhadap kaum lelaki. Pendapat itu sebagaimana di tekankan oleh Ibnu Hajar dalam kitab AZ ZAWAJIR.


Tidak pula diperbolehkan lelaki bermusafahah (bersalaman) dengan perempuan yang bukan muhrim. Larangan ini berlaku juga pada perbuatan saling memberikan. Sebab itu perkara yang di haramkan memandangnya diharamkan pula memegangnya. Mengingat dengan cara memegangnya itu ia dapat merasakan kelazatan. Hal ini didasarkan pada dalil bahawa, kalau orang berpuasa lalu berpegangan dengan lain jantinanya yang menyebabkan inzal (keluar mani), maka puasanya batal. Tetapi kalau keluarnya mani disebabkan oleh pandangan, puasanya tidak batal. Demikian menurut penjelasan kitab An Nihayah.


Diriwayatkan oleh Thabrani di dalam kitab Al Kabir dari mu’qal bin Yasar bahawa, Salah seorang di antaramu yang dilukai kepalanya oleh jarum, itu lebih baik daripada memegang perempuan yang tidak dihalalkan untuknya.


Rasulullah S.A.W memperingatkan : “Takutlah kalian terhadap fitnah dunia dan fitnah kaum wanita. Sebab permulaan fitnah yang menimpa bani isra-il itu adalah kaum wanita”.


Rasulullah S.A.W bersabda“Dan setelah masaku tidak ada fitnah yang lebih membahayakan terhadap kaum lelaki adalah fitnah akibat perempuan”.


Tak boleh duduk berduaan di tempat sunyi

Tersebut dalam riwayat bahwa Rasulullah S.A.W bersabda : "Takutlah kamu dari menyepi (berduaan) dengan perempuan. Demi Dzat yang diriku berada dalam kekuasaanNYA, tidaklah orang lelaki yang menyepi bersama dengan orang perempuan (yakni berpacaran), kecuali syetan menyusup di antara mereka berdua. Sungguh seorang yang berdesak desakkan dengan babi yang berlepotan lumpur itu jauh lebih baik dari pada berdesak desakkan (bersenggolan) dengan pundak perempuan yang tidak halal baginya”.


Rasulullah S.A.W bersabda :"Orang perempuan itu merupakan jerat - jeratnya syaitan (yakni perangkapnya), dan kalaulah bukan kaa syahwat, tentu kaum wanita tidak akan menguasai (menundukkan) kaum lelaki”. (Al hadits)

Ada pepatah mengatakan apabila kelamin lelaki bangkit maka hilanglah sepertiga akalnya. 

Bersama- samalah kita saling ingat-memperingati .