Followers

Friday 9 August 2013

Saat Bersama Mereka II (USRAH SAF)


Saat Bersama Mereka II (USRAH SAF) Saif Al-Islami Fi Sabilillah

Usrah SAF adalah usrah alternatif yang tertubuh atas usaha menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai usrah yang berbentuk siasah dan santai. Usrah SAF tidaklah terlalu rumit dan mempunyai manhaj yang sudah digariskan, cukup sekadar pengisian ringkas tetapi padat dengan fakta dan ilmu. Usrah SAF juga menjadi tempat pembinaan jati diri secara tidak langsung, berbeza dengan usrah lainnya, Usrah SAF lebih mendekati mad'u untuk lebih berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik malah suasana kekeluargaan juga dapat dibentuk di dalam Usrah SAF melalui pendekatan yang berkesan yang dibawakan oleh naqibah yang berketrampilan.

Usrah SAF terdiri daripada 8 orang ahli muslimin dan 6 orang ahli muslimat dan 2 orang naqibah yang memimpin. Namun, bilangan ahli Usrah SAF akan bakal bertambah kerana setiap seorang daripada ahli Usrah SAF yang asal telah diberi tugas agar mencari mad'u di bawah jagaan masing-masing untuk dijadikan pelapis masa hadapan. 

Usrah SAF bukanlah usrah yang menerima ahli dengan begitu sahaja. Tahap pemilihan ahli baharu adalah dinilai melalui tahap pemikiran dan fikrah Islamiyah masing-masing. Andai berada di dalam Usrah SAF, pasti sudah  mengetahui ciri-ciri yang diperlukan untuk berada bersama sebagai ahli Usrah SAF.  Fikrah Islamiyah kena selaras dengan pengisian dan pembawaan semasa usrah, kerana pengisian yang dibawakan adalah sudah melangkau pada tahap usrah yang seterusnya. Jika mad'u baru mengenal Islam, maka tahap usrah adalah lebih santai dan mudah. Tetapi jika mad'u sudah melangkau ilmu yang lebih dari itu, maka pengisiannya juga perlu sama dan selaras pada tahap mad'u tersebut.

Ok, cukup sekadar itu penerangan ringkas mengenai Usrah SAF. Apa yang aku cuba tuliskan di sini ialah, kenangan dan saat-saat bersama mereka iaitu ahli Usrah SAF sendiri. Di mana, kami sentiasa bersama di dalam melakukan tugas yang diberikan malah sentiasa bersama bila diperlukan. Berada di dalam Usrah SAF, membuat aku mengenal apa itu erti keluarga, sahabat, dukacita, kasih sayang dan harapan. 

Sepanjang kami berusrah bersama, begitu banyak manfaat yang diperolehi. Perkongsian dan pengisian yang ringkas namun masih membekas di hati. Masih ingat lagi saat pertama kali berusrah di 'tangga seribu' UMS, kami diberi arahan agar menjaga ubi kentang selama berapa lama yang boleh. Kami perlu memastikan agar ubi kentang tersebut dijaga dengan sebaik-baiknya, ubi kentang tersebut perlu dibawa ke mana-mana sahaja kami pergi, ubi kentang tersebut adalah seperti nyawa kedua kami. Selepas beberapa minggu, penilaian sejauh mana kami dapat menjaga ubi kentang tersebut telah tiba. Saat penyerahan ubi kentang, ada ubi kentang kami yang sudah buruk, ada yang dah hilang dan ada juga yang masih elok dijaga cuma ada sedikit terkupas sahaja. Ibrahnya penjagaan ubi kentang tersebut, ialah sejauh mana kami dapat menjaga amanah dengan baik.

Ibu dan Mak Tiri



Masih ingat lagi, saat kami bersama berusrah di rumah Arafat, Kg Numbak, kami bersama menaiki sampan melintasi laut untuk ke seberang sana. Sarimah menutup mata semasa berada di atas sampan hingga sampai ke seberang sana sebab takut pada air. Kami sengaja berusrah di rumah Arafat semata-mata untuk menunjukkan dakwah suasana Islam kepada masyarakat di sana khususnya kepada keluarga Arafat. Mungkin usaha yang kami lakukan tidaklah kesannya terus dapat dilihat, yang penting kami ahli Usrah SAF menerima ibrah di sebaliknya, di mana usaha dakwah itu bukanlah pada lisan semata sahaja, tapi dakwah itu fleksibel, kami ingin menunjukkan bahawa dengan akhlak dan tingkah laku juga boleh berdakwah menyebarkan keindahan Islam.


Penerangan dari Ibu

Saat nak pulang

Saat nak pulang, menunggu muslimat lenggang-lenggang lagi =P

Masih ingat lagi, saat usrah bersama di Taman Awam Teluk Likas, kami bersama membina istana pasir. Sambil berusrah, sambil tu menikmati keindahan pantai yang indah pada awal pagi. Saat ini, kami sudah mendapat tugas pada pagi hari agar pergi sendiri ke tempat usrah dengan kumpulan yang telah diberikan. Selagi ahli kumpulan tidak sampai, selagi itu ahli yang lain tidak dibenarkan untuk bergerak ke tempat usrah. Seusai sampai ke tempat usrah, kami lewat sedikit sampai ke tempat usrah kerana lewat menunggu ahli kumpulan yang lain. Tugasan seterusnya, kami di arah membina istana pasir. Masa diberi selama 20 minit untuk membina istana pasir masing-masing. Seusai masa tamat, dilihat istana pasir kami ada yang masih belum siap sepenuhnya dan ada yang ampuh. Ibrahnya, kena teliti pada soalan dan keadaan.





Banyak lagi kenangan saat bersama mereka ahli Usrah SAF yang telah kami lalui bersama. Di dalam kami tawa riang, juga terselit dukacita dan kecewa. Yang dimana Usrah SAF dianggap sebagai suatu ancaman, Usrah SAF dipandang serong kerana bercampur muslimin dan muslimat dan lain-lain cabaran dan dugaan yang kami terima. Namun kami tetap tabah menerima dan terus melangkah, tanpa mempedulikan kata-kata 'mereka' yang tidak sudah-sudah.

Sudah kami lalui saat duka bersama, saat riang dan tawa bersama, jatuh bangun kami cuba bersama. Andai aku tulis kisah kita semua, pasti menjadi novel kedua buat aku yang mempunyai 500 muka surat. Tapi ini hanya kisah ringkas kita bersama. :)

Kami terus melangkah menongkah arus perubahan. Kini ahli Usrah SAF tidak lagi berada pada satu tempat. Masing-masing sudah melangkah ke alam universiti. Kelantan, Sarawak, Sabah itulah tempat ahli Usrah SAF menuntut ilmu. Semoga ahli Usrah SAF terus maju dari segi akhlak dan peribadi. Buktikan yang kita berusrah ada manfaatnya dan bukan semangat semata. Agar terbukti di mata 'mereka' yang kita benar-benar berjuang di dalam usrah. Teruslah menuntut ilmu untuk menabur bakti buat negeri dan dakwah Islam. Bukanlah kita siapa-siapa jika tidak menerima dan menyebarkan dakwah Islam.

Teruslah melangkah dan senyum :) 

Saat Kita Bersama.




Saat akhir usrah sebelum semua berpisah

Kek perpisahan


Usrah di tengah malam

Santai di Taman Botani

Reunion sebentar sebelum ahli yang lain berangkat ke Kelantan

Santai :)

Sambut Birthday Satriani :)

Kenduri di rumah Ezzati

Menjadi fasilitator di KRIS Sipitang



Bergambar kat tepi pantai Sipitang

SAF Muslimat

SAF Muslimin

Semoga hubungan ukhuwah kita berkekalan. Insya-Allah.

Duhai sahabat-sahabatku,
mohon maaf atas salah silap,
yang pernah aku lakukan,
moga Allah meredhai persahabatan ini,

Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik,
Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih,
Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih,
Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami,
Maaf, aku hanya hamba yang biasa,

Kerana kelemahanku itu, 
sering aku panjatkan doaku padamu dikesempatan yang ada,
Moga Allah selalu menyayangimu,
kerana siapa pun kamu, kamu itu Sahabatku.

Nukilan : A.P



























2 comments:

  1. assalamualaikum..
    terima kasih azree...
    atas kenangan ini..
    btw..
    bukan kg Menumbok..
    tpi kg Numbak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam arafat :)
      sama2 ..
      ouh ya, silap2, ok, akan di ubah :)

      Delete